Tuesday, December 29, 2009



salam ukhuwah...



sabda Rasullullah S.A.W: '' Innamal 'amal lu binniat"... maksudnya: setiap amalan di mulakan
dengan niat. hadis ini selalu kita denganr dan terbaca di mana2 sahaja dan kita sudah hadap atau sangat faham dengan maksud hadis ini. tapi persoalan di sini sejauh mana kita aplikasi dalam hidup kita.
sedikit perkongsian untuk semua. semalam sewaktu dalam usrah, naqibah saya ada membawakan tajuk ini. walaupun selalu kita dengar tetapi ia perlu selalu diingatkan. '' fainna zikra tanfa'unl mukminin''.
sebagai mannusia biasa kita takkakn terlepas daripada perasaan tertekan, marah dan juga benci. ia merupakan sifatsemulajadi manusia biasa yg perlukan kekuatan iman yang utuh untuk menghadapinya. kadang-kadang dalam kita berjuamg menegakkan kalimah Allah ini, mesti terselit pelbagai perasan yang melingkari perjalanan itu. seharusnya kita perlu perbahaui niat kita setiap masa dan pada setipa perkara yang kita lakukan.

mungkin kita tidak sedar, kita berjuang kadang-kadang sebab terlalu marahkan kerajaan yang tidak bersikap adil terhadap rakya, kadang-kadang kita rasa benci dengan orang kafir. kita menyatakan kita telah betulkan niat kita , sebaliknya semua itu tidak akan dikira kecuali kita berniat untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. itu yang akan di kira oleh Allah.

sama-sama kita muhasabah diri kita sepanjang dalam perjuangan ini. perbaharui niat kita setiap masa agar kita tidak kerugiaan nanti. beribadahlah kita bukan sahaja keran apahala yang akan kita dapat tetapi kerana khuduk dan hubbu pada Allah.- teruskan perjuangan kita-


~jiwa sufi, minda haraki~

Friday, December 18, 2009

MAAL HIJRAH 1431 H



muharram 1431H

Salam Tahun Baru kepada semua umat Islam yang di kasihi. semoga amalan, ketaqwaan,

keimanan dan ilmu kita dapat dilaksanakan dan di tingkatkan dengan lebih baik pada tahun baru

yang menjelma ini.

Moga amalan kita pada tahun lepas mendapat keredhaan dan di terima Allah.


~jiwa sufi, minda haraki~

Wednesday, December 16, 2009




muhasabah cinta


wahai pemilik nyawaku


betapa lemah diriku ini


berat ujian dariMu


ku pasrahkan semua padaMu



tuhan.


baru ku sedar inda nikmat sihat itu


tak pandai aku bersyukur


kini ku harapkan cintaMu


kata- kata cinta terucap indah


mengalir berzikir di kidung doa ku


sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku


butir -butir cinta airmataku


teringat semua yang Kau beri padaku


ampuni khilaf dan salah selama ini


ya Illahi,


muhasabah cintaku..


tuhan,


kuatkan aku


lindungi ku dari putus asa


jika ku harus mati


pertemukan aku denganMu

Tuesday, December 8, 2009

Konvensyen bincang dasar bersama Pakatan
Dec 9, 09 12:33pm

Dasar bersama Pakatan Rakyat akan dibincangkan dalam konvensyen pertama gabungan tersebut yang dijadual berlangsung pada 19 Disember ini.Konvensyen yang bertemakan "Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan" itu akan berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Shah Alam.

Menurut kenyataan sekretariat Pakatan Rakyat hari ini, konvensyen itu akan dihadiri perwakilan parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat dari seluruh negara."Seramai 1500 Perwakilan dari ketiga-tiga parti akan berhimpun di Shah Alam bagi menyaksikan detik penting sejarah besar Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia secara amnya," kata kenyataan itu lagi. Kertas kerja bertajuk 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' akan dibentangkan oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat di konvensyen tersebut.

"‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat' ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga parti dan muafakat Pakatan Rakyat," katanya lagi.Menurut kenyataan itu lagi, konvensyen tersebut juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa

-sumber: malaysiakini

keizzahan ahli agama semakin kurang

salam ukhuwah

Allah berfirman dalam Al-Quran surah As-soff:2, yang bermaksud: "wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu berkata tentang apa yang tidak kamu buat". ayat ini merupakan teguran Allah buat orang beriman tentang sikap kita yang terlalu banyak bercakap tetapi kurang dari segi perlaksanaan. kadang-kadang orang yang paling banyak bercakap adalah orang paling banyak di uji ke atas apa yang telah di perkatakan olehnya.

saya terpanggil untuk menulis tentang masalah ini apabila terbaca dalam surat khabar Metro pada 9.12.2009 tentang seorang yang menyuruh seorang lelaki bogel ketika melakukan rawatan ke atas pesakit tersebut. Imam telah membawa lelaki tersebut ke sebuah hotel bagi melakukan rawatan ke atas penyakit itu, dan mengarahkan untuk berbogel. Imam tersebut bukan merawat tetapi melakukan sebaliknya. lelaki tersebut segera melaporkan kepada pihak polis tentang kejadian tersebut. Imam tersebut mempunyai seorang isteri yang merupakan ustazah di sebuah sekolah, 3 orang anak serta cucu.

saya sendiri terkejut apabila membaca berita tersebut, seterusnya saya membayangkan bagaimana reaksi atau pandangan masyarakat kuar terhadap golongan agama ini. sedikit sebnyak kepercayaan tersebut akan berkurangan. penyampaian dakwah kepada masyarakat juga semakin tidak di dengari jika perkara ini masih lagi menjadi igauan masyarakat di luar sana.

sebagai golongan yang mempunyai tanggugjawab dalam menyampaikan dakwah ini, seharusnya kita bersama-sama menjaga nama baik Islam itu sendiri. ''hidup kita hanya mulia dengan Islam". berusahalah untuk kembalikan keizzahan Islam. amalan sunat, akhlaq, ilmu perlu sama-masa kita tingkatkan. berpesan-pesan sesama kita atas dasar kebaikan dan kepentingan Islam.

sempena untuk memasuki awal tahun hijrah dan juga masihi ini, mari kita sama-sama muhasabah diri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik.

~jiwa sufi, minda haraki~