Tuesday, December 8, 2009

keizzahan ahli agama semakin kurang

salam ukhuwah

Allah berfirman dalam Al-Quran surah As-soff:2, yang bermaksud: "wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu berkata tentang apa yang tidak kamu buat". ayat ini merupakan teguran Allah buat orang beriman tentang sikap kita yang terlalu banyak bercakap tetapi kurang dari segi perlaksanaan. kadang-kadang orang yang paling banyak bercakap adalah orang paling banyak di uji ke atas apa yang telah di perkatakan olehnya.

saya terpanggil untuk menulis tentang masalah ini apabila terbaca dalam surat khabar Metro pada 9.12.2009 tentang seorang yang menyuruh seorang lelaki bogel ketika melakukan rawatan ke atas pesakit tersebut. Imam telah membawa lelaki tersebut ke sebuah hotel bagi melakukan rawatan ke atas penyakit itu, dan mengarahkan untuk berbogel. Imam tersebut bukan merawat tetapi melakukan sebaliknya. lelaki tersebut segera melaporkan kepada pihak polis tentang kejadian tersebut. Imam tersebut mempunyai seorang isteri yang merupakan ustazah di sebuah sekolah, 3 orang anak serta cucu.

saya sendiri terkejut apabila membaca berita tersebut, seterusnya saya membayangkan bagaimana reaksi atau pandangan masyarakat kuar terhadap golongan agama ini. sedikit sebnyak kepercayaan tersebut akan berkurangan. penyampaian dakwah kepada masyarakat juga semakin tidak di dengari jika perkara ini masih lagi menjadi igauan masyarakat di luar sana.

sebagai golongan yang mempunyai tanggugjawab dalam menyampaikan dakwah ini, seharusnya kita bersama-sama menjaga nama baik Islam itu sendiri. ''hidup kita hanya mulia dengan Islam". berusahalah untuk kembalikan keizzahan Islam. amalan sunat, akhlaq, ilmu perlu sama-masa kita tingkatkan. berpesan-pesan sesama kita atas dasar kebaikan dan kepentingan Islam.

sempena untuk memasuki awal tahun hijrah dan juga masihi ini, mari kita sama-sama muhasabah diri dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik.

~jiwa sufi, minda haraki~

No comments: