Wednesday, February 10, 2010

kemanusiaan semakin hilang





salam ukhuwah..
hidup manusia hanyalah sementara sahaja di dunia ini, jadi harus berusaha sebaiknya untuk melakukan amal ibadah dan amal-amal kebajikan yang akan membantu kita di akhirat nanti. kematian akan menjemput kita pada bila-bila masa sahaja tanpa kita sedari. sebaliknya yang berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini yang semakin meruncing apabila gejala pembuangan yang berlaku hampir setiap hari dan berturut-turut. masalah ini bukanlah perkara baru lagi dalam masyarakat tetapi sudah menjadi masalah yang di pandang ringan tanpa sebarang permerkasaan yang kukuh bagi mengurangi dan mengatasi masalah ini.
hari ini, satu lagi mayat bayi yang dijumpai di kaki masjid yang sudah meninggal dunia dalam keadaan di hurungi semut dalam jangkamasa yang agak panjang. semalam seorang bayi perempuan yang masih hidup di jumpai juga dan telah di hantar ke hospital untuk rawatan dan di hantar ke rumah kebajikan. 2 hari lepas seorang bayi yang di temui di tanam hidup-hidup amat mengejutkan kita semua....
di manakah nilai kemanusiaan manusia semua yang di katakan mementingkan nilai -nilai kemasyarakatan dalam hidup. adakah situasi semasa yang mendesak semua orang untuk bersikap ananiyah tanpa memikirkan untuk kebajikan dan pembangunan masyarakat.??? dimanakah adab-adab dan nilai agama yang telah di terapkan kepada kita sejak kecil lagi??. dudah tidak ada rasa belas kasihan kita kepada sesama makhluk yang mungkin telah pergi bersama aliran kemajuan yang memakan semua nilai-nilai yang sebelum ini tertanam dalm diri kita, sehingga membuang dan membunuh darah-daging sendiri. jangan biarkan oarang lain menerima akibat dari kesalahan yang kita lakukan.

kita yang berdosa melakukan zina, kemudian di tambah lagi berdosa dengan membunuh insan yang tidak berdosa.. kelahiran seorang insan yang tidak mahu di terima itu telah membuatnya menderita tanpa sebarang kesalahan yang tidak di lakukan....

marilah sama-sama kita muhasah semula kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan. masih ada masa untuk kita bertaubat sebelum maut datang menjemput yang tidak tahu bila akan menjelma. mugkin sebentar lagi, atau petang nanti, atau malam ni...

fikirkan,,,,,


~jiwa sufi minda haraki~


No comments: