Wednesday, September 29, 2010

MAHASISWA CAKNA......

salam perjuangan...


minggu ini mahasiswa kampus uiam semuanya sibuk melaksanakan tuntutan aktiviti kuliyyah masing-masing seperti assgment, quiz, project, presentation dan sebagainya. kehidupan di kampus mula berubah apabila final exam akam mula menjengah akhir bulan 10 ini.

situasi ini sepatutnya tidak mengalihkan pandangan kita dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita sama ada dalam negara ataupun luar negara. isu mahasiswa UM yang telah bebas daripada hukuman selepas keputusan perbicaraan yang di buat jumaat lepas serta isu mahasiswa UKM yang di adakan selasa lepas. selain itu, isu2 yang berkaitan dengan luar negara, mengenai penempatan baru yahudi di Gaza serta yang terbaru pada hari ini dengan paderi yang mengeluarkan video menyentuh keagamaan dan sensitiviti masyarakat Malaysia.


sebagai mahasiwa, semua masalah dan isu-isu tersebut perlu kita cakna agar kita tidak ketinggalan dengan maklumat yang perkara yang berlaku di sekeliling kita. jadilah kita mahasiswa yang cakna bukan hanya untuk kepentingan diri kita sahaja tetapi untuk memperluaskan pengetahuan dan sebaran maklumat yang jelas tentang sesuatu isu agar kita dapat menyumbang idea kepada saluran yang sepatutnya untuk kebaikan kita bersama. sifat kurang cakna mahasiswa akan menyebabkan mereka mudah di manipulasi oleh- oleh mana-mana pihakyang ingin mengambil kesempatan atas sesuatu perkara yang kita tidak tahu.


hadis Rasulullullah SAW ada menyebut ynag bermaksud: sesiapa yang tidak mengambil tahu akan urusan umatku, maka dia bukanlah dari kalangan ku..... jadi, didiklah diri kita sebaiknya agar selari dengan tarbiyah Ramadhan yang kita dapat sebulan yang lepas. walaupun ramadhan telah pergi, moga roh dan semangatnya terus kental membenam dalam diri kita.


~jiwa sufi, minda haraki~

No comments: