Saturday, September 11, 2010

syawal yang mulia

salam ukhuwah...

kedatangan syawal pada setiap tahun adalah di nantikan oleh semua umat Islam terutama kanak-kanak yang seolah-olah tidak sabar untuk menyambutnya. bulan untuk meraikan kemenangan bagi semua umat Islam yang menjalani tamrin di bulan ramadhan yang mulia. kehadiran syawal yang mulia itu seharusnya di raikan dengan sebaiknya. elakkan pembaziran yang berlebihan, elakkan hutang yang melampau dan jauhi perkara- perkara yang boleh membawa kepada maksiat dan dosa yang boleh mencemarkan kesuciaan bulan syawal ini.

pelbagai aturan rancangan di televisyen dan radio seharusnya kita bijak untuk memilihnya. kelalaian menghayati syawal yang merupakan bulan untuk memohon kemaafan dan amalan ziarah- menziarahi sebaiknya di hidupkan bermula di bulan syawal yang mulia ini. leka kita dengan rancangan di televisyen kadang-kadang boleh membantutkan amalan untuk bertanya khabar antara saudara -mara sebaliknya bertukar kepada perbincangan tentang gosip artis-atris dan rancangan2 yang di siarkan.

perhatikan dan awasi anak-anak kita agar generasi yang saling hormat-menghormati dapat di suburkan dalam jiwa anak-anak dan generasi akan datang. budaya keakuan yang menebal dalam diri masyarakat hari ini patut kita lontar jauh dari dalam diri generasi mustaqbal.

ayuh bersama-sama hidupkan syawal dengan berpuasa enam hari di bulan syawal yang di janjikan Allah dengan pahala ibarat setahun berpuasa. ia boleh di lakukan secara berterusan selama enam hari atau berselang-seli sehingga berakhirnya syawal ini. bagi yang mampu ayuh kita segera laksanakan dan lipat gandakan pahala kita. moga madrasah ramadhan yang baru kita tinggalkan dapat membawa perubahan besar dalam diri kita insyaAllah untuk menghadapi uijian yang lebih mencabar di bulan-bulan yang lain.

~jiwa sufi, minda haraki~

No comments: