Friday, July 29, 2011

TETAMU YG DI TUNGGU...



salam ukhuwah...

berbaki 2 hari lagi kita akan menyambut tetamu yang sangat di tunggu... Ramadhan Kareem. bulan di janjikan Allah dengan pelbagai kelebihan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, serta anugerah lailatul qadar yang lebih baik daripada seribu bulan. bulan yang banyak menjadi rahsia antara Allah dan hambaNya.
tetapi sejauh mana yang mahu menerima tetamu ini dengan layanan yang istimewa.. mendengar alunan nasyid ramadhan 2 zaman beberapa yang lepas, sungguh menyedarkan diri ini tentang perbezaan kita di akhir zaman dengan umat pada zaman Nabi Muhammad dahulu..

"mereka gembira dengan kedatanganmu,
kami gembira dengan pemergiaanmu,
malam mereka meriah dengan nur al-Quran,
tapi malam kami gelap di dera dosa..

takbir mereka , takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan.
takbir kami, lesu tak bermaya..."

ini antara perbezaan sambutan ramadhan pada zaman dahulu dengan zaman sekarang. ramai yang berpuasa tetapi tidak bersolat, ramai yang berpuasa, tetapi ramai yang dapat hanya lapar dan dahaga... di manakah puasa kita...?????

ayuh kita, membuat persediaan dan sasarkan azam baru utk ramadhan kali ini, yang mungkin ramadhan terakhir buat kita..

No comments: