Monday, August 1, 2011

salam ukhuwah...

RAMADHAN DUA ZAMAN (Raihan & inteam)


Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatangan mu
Kami gembira dengan pemergian mu
Malam mereka meriah disimbah nur al quran
Tapi malam kami muram berkabung dengkur

Mereka berlumba mengejar makrifat
tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga


~ perbezaan yg jelas antara Ramadhan yg disambut oleh umat pada zaman Rasulullah dengan zaman akhir zaman ini.. bagaimana cara sambutan kita terhadap tetamu agung kita????..

No comments: