Saturday, July 18, 2009

di mana perjuangan kita terhadap Islam???

salam ukhuwah...

Persoalan yang di kemukakan ini adalah sebagai peringatan buat diriku dan juga saudara seislam ku di luar sana. Baru- baru ini saya menghadiri satu program, dan antara satu slot yang amat memberi kesedaran pada diri saya adalah satu kuliyyah yang di sampaikan amat memberi kesan pada diri ini.

Dalam kesibukan kita menyelesaikan masalah diri sendiri, mencari idea-idea baru untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul di peringkat negara kita, kadang-kadang kita terlupa pihak musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan Islam dengan pelbagai sudut tanpa kita sedari.

Mungkin ramai yang sedar dan mungkin ramai yang tidak tahu langsung peristiwa penindasan terhadap wanita yang amat kejam telah berlaku pada 1 Julai yang lepas. mungkin perkara ini berlaku sudah lama, tetapi tidak ramai bloggers menulis isu ini. peristiwa yang berlaku pada DR.MARWA ini amat kejam. dia di tikam oleh hakim sebanyak 18 kali tikaman sewaktu perbicaraan ke atasnya yang di laporkan oleh seorang lelaki yang menyatakan Marwa adalah perempuan yang ingin menjual maruahnya, padahal dia hanya bertanyakan sesuatu pada lelaki tersebut untuk mengajak anaknya bermain di satu taman permainan, perbicaraan yang kejam itu cuba di halang oleh suaminya Alwi Ali , tetapi suaminya pula di tembak. peristiwa ini di saksikan oleh anaknya yang berusia 3 tahun . Apakah perasaan anaknya melihat ibu dan ayahnya di bunuh secara kejam. Marwa sedang mengandung 3 bulan sewaktu di tikam.

Marilah sama-sama kita bangkitkan semangat perjuangan kita semula, agar Islam tidak dapat di permainkan lagi oleh pihak Barat. Kita perlu bina semula keizzahan Islam agar menjadi serangan hebat pada Barat.

-B.ed ISED-
- Jiwa Sufi, Minda Haraki-

1 comment:

Anonymous said...

salam perjuangan.

Perjuangkanlah islam itu mengikut cara Rasulullah S.A.W dan sahabt perjuangkannya. Bentuklah seramai mungkin daie mukhlis yang bertaraf murabbi.Bukan semata-mata bentuk sistem yanh ulung tapi penegaknya lompong.