Monday, May 3, 2010

Dunia Pendidikan

salam ukhuwah...

buat semua para pendidik, bakal pendidik dan semua mahasiswa tercinta. dunia pendidikan sekarang sudah semakin mencabar kepada semua para guru, dan mengerunkan kepada bakal-bakal guru.

tangguungjawab besar untuk mendidik anak bangsa ke arah menjadi insan kamil ini memerlukan pengorbanan, kesungguhan, percambahan idea- idea baru serta kajian yang mendalam ke atas silibus-silibus ma5a pelajaran yang telah ada di dalam sistem pendidikan kita sejak sekian lama.

perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa serta zaman yang semakin mencabar ini memerlukan penilain baru terhadap kerelevenan mata pelajaran dan pengubahsuai teknik pembelajaran dan pengajaran yang di laksanakan di dalam kelas pada setia hari.

cadangan untuk pendidikan seks di ajar di sekolah mendapat respon negatif pelbagai pihak memandangkan masyarakat dewasa ini yang mudah cenderung terhadap perkara tersebut seperti yang selalu di gembar-gemburkan media saban hari. perkara ini menjadi kebimbangan kepada para guru, ibu-bapa serta masyarakat amnya. remaja yang mempunyai ransangan untuk mencuba sesuatu yang baru itu, perlu segera di bendung tambahan jika pelajaran tersebut di ajar di dalam kelas.

masalah besar akan timbul jika pelajaran tersebut di laksanakan. walaupun, pelajaran tersebut tidak di erkenal sebelum ini, masyarakat kita sudah di tahap ini, jika di laksanakan mungkin lebih teruk.

mujurlah kerelevenan ini dapat di fikirkan dengan segera. sebenarnya, kita semua perlu kembali kepada basic agama Islam itu sebenarnya. Islam agama yang syumul meliputi semua aspek dalam kehidupan insan. pendidikan Islam perlu kita teguhkan, perubahan dan cara pengajaran perlu di perbaharui untuk menjamin keberkesanannya kepada para pelajar. Agama adalah benteng utama untuk menangani segala masalah yang ada, cuma kita yang selalau menafikannya.

moga Islam terus gemilang..

~jiwa sufi, minda haraki~

No comments: