Saturday, October 1, 2011

MATA DUNIA SUDAH TERBUKA….



Kebangkitan masyarakat yang ingin menumbangkan kebatilan semakin membara terutama di tanah Arab, Syria, Libya, Tunisia dan Mesir serta London yang merupakan bukan Negara Islam. Kebenaran akan tiba juga akhirnya dan kezaliman dan kebatilan akan runtuhnya akhirnya.

Apa yang berlaku di Libya detik ini sungguh membuktikan bahawa kuasa rakyat boleh menumbangkan rejim yang sudah lama bertapak dengan kekuatan dan semangat yang ada pada mereka. Kerinduan untuk menikmati keadilan membuatkan mereka bertekad setelah lama tertindas dalam sistem pemerintahan yang lama. Negara yang kaya seperti di Libya, tetapi rakyat menderita miskin walaupun penduduknya tidak terlalu ramai hanya 6 juta sahaja. Pemimpin yang mengaut segala keuntungan menyebabkan rakyat terhina hidupnya, sedangkan mereka mengumpulkan harta untuk kepentingan peribadi.

Kejayaan pejuang menguasai Tripoli merupakan kejayaan atasa usaha mereka selama ini. semangat untuk menjatuhkan rejim Muaamar Gadafi diraikan dengan gembira sambil membakar bendera Libya dan mengibarkan bendera mereka.

Saat akhir zaman kita sudah mula menghampiri kita apabila Negara Islam akan menang nanti. Pergolakan yang masih belum tamat di Gaza, Palestin dengan Yahudi terus melakukan serangan menunjukkan mereka masih belum berputus asa untuk membunuh umat Islam dan menawan Palestin yang di katakan tanah suci yang disediakan untuk mereka.

Menjelang Pru-13 dalam masa terdekat ini, masyarakat di Malaysia masih lagi di jajah dengan penyekatan maklumat yang tidak tepat tentang sesuatu isu. Kebebasan media sudah di ragui apabila hanya sebelah pihak sahaja yang memberikan maklumat kepada masyarakat.

Kemerdekaan yang sentiasa disambut pada setiap tahun hanya sekadar perayaan tanpa di hayati nilai kemerdekaan itu sendiri dalam dunia kita. Adakah sekadar mengibarkan jalur gemilang kita di katakan sudah menghayati nilai kemerdekaan sedangkan masyarakat masih lagi mendengar lagu-lagu dari Barat, berpakaian cara barat, pemikiran masih di jajah barat. Di manakah kemerdekaan kita???. Diakui kita aman hidup dalam Negara yang di pimpin bangsa kita, tetapi seharusnya kemerdekaan itu berlaku dalam segenap aspek dalam kehidupan kita. Kita yang patut mencorak bagaimana hidup kita sebagai rakyat yang merdeka.

Rakyat seharusnya sedar jika mereka merasa tertindas dan tertipu tentang hak dan keperluan mereka yang layak dinikmati telah di rampas rakus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ibarat menangguk di air keruh. Jika ini berterusan berlaku, Negara akan berterusan mundur dan rakyat tidak akan maju dek kerana seluruh hak dan pemikiran mereka di corak oleh mereka yang tidak mempunyai belas ihsan. Yang kaya akan terus kaya, dan yang miskin akan terus miskin.

Dunia dan kegemilangan kepimpinan Negara Islam yang di pimpin Junjungan Agung Nabi Muhammad SAW perlu di jadikan contoh teladan terbaik dalam mengemudi sebuah Negara Islam yang dipimpim oleh orang Islam. Rasulullah adalah kekasih Agung Allah yang membawa rahmat kepada seluruh alam dengan peribadi yang di kagumi segenap bangsa dan agama. Rasulullah telah di angkat diantara pemimpin dunia yang pertama daripada 100 pemimpin yang terunggul di dunia. Baginda merupakan model yang perlu kita junjungi sunnahnya dan memngembangkan syiar dakwah yang di perjuangkan baginda.

Kesan daripada keadilan, keikhlasan dan kejujuran dalam pentadbiran akan membuahkan kejayaan dan kegemilangan dan bakal melahirkan bungan bangsa yang bertamadun dan berdaya saing seiring dengan syariat dan tuntutan Agama.

Ayuh, mari kita renungi sejenak bagaimana corak Negara kita yang bakal di tentukan pada PRU akan datang dengan menimbang tara elemen- elemen yang perlu di bawa dan di terjemahkan dalam sebuah Negara Islam.


No comments: