Thursday, March 4, 2010

GRADUAN KITA???





Dasawarsa ini, kerap kali dibincangkan mengenai masa depan mahasiswa kita yang belajar di universiti tempatan, swasta, kolej dan sebagainya. Adakah apa di pelajari dapat membantu pembangunan Negara, pembangunan insan, ruhani dan agama Islam khususnya. Lambakan graduasi dari universiti yang menganggur di katakan semakin bertambah dengan ketiadaan pekerjaan yang sesuai untuk mereka atau terlalu memilih pekerjaan. Kemungkinan kursus yang di ambil kurang mendapat peluang pekerjaan yang baik.ataukah belajar di menara gading sekadar mahu tamat pengajian tanpa mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran lain seperti kepimpinan, politik kampus, mengurus organisasi, perhubungan awam dan sebagainya sebagai pakej yang lengkap seorang graduan universiti.


Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim lelaki dan juga perempuan. Hadis Rasulullah ada menyebut yang bermaksud ‘’menuntut ilmu ada fardhu ke atas setiap Muslim’’. Tuntutlah segala macam ilmu yang baik untuk menyumbang kepada masyarakat, agama, bangsa dan juga Negara. Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan Negara pada masa hadapan. Pincang lah Negara jika golongan remajanya terlibat gejala yang tidak sihat seperti merokok, menagih dadah, gangsterism dan sebagainya yang kan merosakkan nilai yang sepatutnya terhias kepada seorang Muslim yang baik. Biarlah kita korbankan kegembiraan kita untuk kegembiraan orang lain. Itu adalah pengorbanan yang terbaik mampu kita lakukan untuk dapatkan ganjaran yang terbaik dari Allah. Jangan biarkan hidup kita berlalu tanpa bekerja untuk kemenangan Islam.
Mahasiswa di kampus hanya melaksanakan rutin harian sahaja seperti hadir ke kuliyah, makan di cafe, tidur di mahallah, melayari internet dan siapkan kerja-kerja yang di arahkan pensyarah. Itulah rutin seharian yang di lakukan tanpa memikirkan untuk merubah diri dengan menghadiri program yang pelbagai pada setipa malam dan hujung minggu. Mereka lebih suka berada di kolej masing-masing dan melakukan hal-hal peribadi tanpa memikirkan kualiti yang perlu ada pada seorang mahasiswa. Kejayaan dalam pelajaran sahaja pada zaman ini sudah tidak mencukupi tanpa pengalaman yang luas dan perhubungan yang baik dengan masyarakat. Buktinya, setiap malam program yang diadakan seperti talk umum berkaitan agama, kuliyah tafsir, forum agama dan sebagainya hanya di hadiri tidak sampai 50 orang pelajar daripada beribu mahasiswa yang belajar di sesebuah universiti. Berbanding dengan program hiburan yang dihadiri ribuan pelajar sedangkan ia tidak memberikan input yang baik kepada perkembangan mahasiswa di masa hadapan.


Mahasiswa sekarang sudah hilang kesedaran dan pemikiran matang berbanding mahsiswa dulu. Mereka sering memkirkan untuk membantu masyarakat dan golongan susah dengan gunakan kepakaran dan intektual yang ada untuk membantu orang susah dan sebagainya. Mungkin kah dengan teknologi yang ada menyebabkan mahasiswa terlalu asyik sehingga lupakan tanggungjawab sebagai pewaris bangsa, agama dan Negara.
Kesedaran tentang perjalanan politik Negara juga sudah tidak di ambik peduli lagi. Apa yang berlaku dalan dan luar Negara bukan lagi hak kita untuk ambil tahu. Buktinya peratusan mahasiswa keluar mengundi pada pilihanraya kampus yang lepas sangat mengecewakan, tidak sampai 60% jumlah mahasiswa keluar mengundi dan ini membuktikan bahawa mahasiswa kita sudah tidak ambil tahu lahi tentang perjalanan dan perubahan dalam Negara dan keadaan sekeliling. Ayuh mahasiswa sekalian, bangkitlah dari lena yang panjang, tanggungjawab sebagai daie, pemimpin, anak dan pelajar menanti kita untuk di laksanakan. Allah berfirman yang bermaksud: ‘’Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya’’.


~jiwa sufi, minda haraki~

No comments: