Thursday, March 18, 2010

murabbi

salam ukhuwah..

sudah lama rasanya blog ini tidak di lawati. kesibukan di akhir2 sem ni menyebabkan blog ini sunyi tanpa sebarang coretan. Ya Allah, permudahkan segala urusan kami.

semalam 17.3.2010 berlansungnya Annual Grand Meting(AGM) BEDSA, society untuk pelajar2 pendidikan di sini berserta election untuk exco baru BEDSA yang akan datang. kesedaran politik yang masih lagi kurang di kalangan bakal pendidik ini dapat di lihat dengan kehadiran yang kurang memuaskan pada majlis semalam. golongan yang menghantar borang sebagai calon agak memberangsangkan dengan persaingan yang agak hebat di kerusi VP2 seramai 4 orang calon berbanding presiden yang menag tanpa bertanding.

election yang berlansung serentak dengan AGM itu, adalah bertujuan untuk menarik kehadiaran akal-bakal guru ini ke AGM, tetapi malangnya kurang mendapat sambutan. kesedaran untuk memilih pemimpin adalah kurang, ini baru di peringkat kampus, di luar nanti, saya tak pasti. ini adalah teguran buat saya dan juga sahabat di luar sana. mungkin bakal- bakal guru ini takut terlibat dengan politik yang mungkin akan menjejaskan peluang untuk posting dan peruntukkan biasiswa yang di janjikan. Allah telah berfirman yang bermaksud:''sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya".

kepimpinan baru yang akan menerajui BEDSA pada masa depan di harap dapat membuka mata dan kesedaran para guru tentang peranan besar yang perlu di laksanakan pada masa akan datang menuntut pelbagai mehnah dan cabaran yang lebih besar. aluanan lagu ''kami guru Malaysia" semalam amat mengingatkan tentang amanah berat yang perlu di pikul di masa hadapan untuk mendidik jiwa-jiwa ke arah kegemilangan Agama Islam khususnya.

moga Allah memudahkan segalanya. betulkan niat kita, gantungkan harapan sepenuhnya padaNYa....

-jiwa sufi, minda haraki-

No comments: