Friday, June 4, 2010

Demo Anti Israel




salam ukhuwah..

gerakan membantah kekejaman terhadap serangan ke atas flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza itu di teruskan dengan demonstrasi besar-besaran yang di hadiri 10,000 rakyat dari pelbagai latar belakang. pimpinan parti politik,NGO, mahasiswa dan rakyat yang prihatin terhadap isu ini.

demo yang bermula sejurus selepas solat jumaat itu berjaya menghimpunkan ramai rakyat. pelbagai poster, bendera palestin, playcard dan sebagainya di bawa bagi menyatakan ketegasan kita dalam menentang kekejaman zionisn ini. perarakan yang bermula dari masjid kg, baru sehinggalah ke kedutaan Amerika Syarikat bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap serangan tersebut dan beberapa cadangan tindakan untuk di ambil oleh kerajaan Amerika terhadap rejim zionist tersebut.

kepada masyarakat semua di harapkan ini permulaan baik bagi menaikkan semngat dan kesedaran kita terhadap nasib saudara seislam di Palestin yang tertindas hampir 60 tahun. sedangkan kita di sini tidak mampu berbuat apa-apa selain usaha-usaha kecil sahaja. teruskan boikot barangan yang menyumbang kepada Israel agar sedikit sebanyak dapat meruntuhkan kekuatan ekonomi mereka.

teruskan usaha kita wahai umat Islam yang terpilih. buktikan kasih-sayang kita kepada sudara kita.

~jiwa sufi, minda haraki~

No comments: