Wednesday, June 2, 2010

LL4G

SALAM UKHUWAH

tiada apa yang mampu untukku ungkapkan di sini. hanya sebak dalam dada apabila mendengar berita serangan ke atas flotilla untuk bantuan kemanusiaan yang di lakukan untuk saudara seislam di Gaza. serangan yang berlaku pada 31 mei 2010 pada pukul 1030 mlm waktu malaysia itu amat menyedihkan dan menyayat hati.

serangan melalui udara itu menyebabkan lebih 20 orang yang syahid dan lebih 50 orang yang cedera. rakyat Malaysia yang turut serta dalam rombongan tersebut masih belum di kenal pasti status mereka. doa dan bacaan qunut nazilah perlu di pertingkatkan agar bantuan Allah akan sampai. kita hanya mampu berbuat serendah-rendah iman sahaja, itu yang sangat di kesali.

Ya Allah, bantulah saudara kami ya Allah. hanya Engkau tempat kami memohon segala kekuatan dan perlindungan.

No comments: