Tuesday, February 8, 2011

coretan

salam ukhuwah.....

rindu untuk menulis melonjak2 dalam diri ini. lambakan komitmen yang menuntut diri membuat diri ini seolah2 terbang seketika melayang entah ke mana. pulang bercuti ke bumi bertuah Mahsuri memberi sedikit ruang nafas buatku tenang seketika melihat wajah ibu dan ayah yang dirindui sekian lama. aktiviti yang di luangkan bersama mereka membuat hati merasa bersyukur dengan nikmat yang Allah masih berikan buat diri ini. moga sentiasa memberi kebaikan buat Mak dan Ayah tercinta.....

pulang semula ke kampus dengan pengumpulan semangat untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar dan juga daie serta mujahidah. lambakan tuntutan akademik yang perlu di selesaikan serta tuntutan jihad perlu segera di lunaskan. moga Allah sentiasa memberi kekuatan buat hambaMu ini.

Pilihanraya Kampus sudah mula menonjolkan bahangnya dengan pengambilan borang sebagai calon telah mula di buka pada hari ini 8/2 - 9/2. Public Speaking Test akan bermula Khamis ini 10/2. diikuti nomination Day 16/2. serta election Day pada 22/2. mahasiswa kampus perlu menyedari tanggungjawab masing-masing untuk membuat pada tarikh yg termaktub. ini adalah medan latihan untuk kita sebelum tamat pengajian. mahasiswa yang celik politik perlu segera ditingkatkan agar kita semua tidak mudah di jatuhkan dan ditindas oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

ambiklah pengajaran daripada kebangkitan rakyat Mesir yang bangunkan menjatuhkan kepimpinan Hosni Mubarak yang selama 30 tahun telah membuat onar dan bersekutu dengan Amerika dalam negara sendiri. akhirnya rakyat yang terkesan dan menerima kesusahan. buatlah pilihan yang terbaik untu masa depan yang cerah..

kebangkitan mahasiswa di tunggu- tunggu.....

No comments: