Friday, February 25, 2011



KURANGNYA BUDAYA BERDAKWAH DI KALANGAN MASYARAKAT…

Dakwah dari kata asalnya yang bermaksud mengajak, menyeru dan memanggil . dari segi istilah, ia bermaksud mengajak manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ia mempunyai pelbagai peringkat seperti yang termaktub dalam hadis Rasululluh SAW yang bermaksud:” barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah di cegah dengan tangannya, jika tidak mampu,dengan lidahnya. Jika tidak mampu dengan hatinya.itulah selemah-lemah iman.”

Setiap yang mengucapkan kalimah syahadah adalah daie. Dasawarsa ini, tanggungjawab berdakwah diletakkan hanya kepada yang berstatus ustaz dan ustazah ja. Manakala yang lain, tidak termasuk dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Sebaliknya, sesiapa yang melihat kemungkaran haruslah dicegahnya. Masalah ini berlaku apabila budaya menuntut ilmu agama yang menjadi fardu ‘ain itu dipandang enteng sahaja. Kita memberi alasan tidak cukup ilmu untuk tegur orang yang berbuat kemungkaran lagi, padahal, sampai bila ilmu kita hendaklah lantarannya banyaknya ilmu Allah di muka bumi ini. semakin kita belajar, semakin terasa jahilnya kita. Ilmu Allah yang sangat luas ini. tidak termampu untuk kita menguasainya. Allah tidak melihat kepada hasilnya sesuatu yang dibuat, tetapi Allah melihat sejauh mana usaha kita.

Bagi mewujudkan budaya berdakwah di kalangan kita, beberapa cadangan di kongsikan ustaz Yahya Othman dalam bukunya Amal Jamaie. Yang paling penting adalah, kita digalakkan untuk menuntut ilmu, sesuai mengikut tahap masing-masing. Ini kerana apa yang kita hendak sampaikan kepaa orang lain adalah ilmu. Hati yang mati, tidak boleh menghidupkan hati yang mati. Kemudian, kita boleh juga berdakwah dengan menunjukkan akhlaq yang baik. Rasululluah SAW adalah contoh teladan yang baik buat kita. Kita hendaklah menunjukkan akhlaq yang baik dengan solat di masjid dan mengajak orang lain untuk solat di masjid juga.

Selain itu, kita hendaklah rajin membaca kemudian kongsikan apa yang kit abaca itu dengan orang lain. Seperti surat khabar, buku dan sebagainya. Kita juga digalakkan untuk membantu menyelesaikan masalah masyarakat setempat. Bantuan yang diberikan dapat memoerkenalkan kita kepada masyarakat, seterusnya dapat menyampaikan dan berkongsi ilmu kita kepada mereka.

Dan akhirnya, kita hendaklah bersikar merendah diri. Jika ada kesalahan hendaklah diakui dan dibaiki kesalahan tersebut. Manusia tidak semuanya sempurna, hanya Allah sahaja yang Maha Sempurna.

Jadilah kita hamba Allah yang sentiasa memelihara agamaNya di tahap yang tinggi. Moga usaha kita, diredhai Allah dan menambahkan ketaqwaan kita kepadaNya.

No comments: