Wednesday, May 18, 2011

rentetan ROS

salam ukhuwah...

sudah masuk 3 minggu saya menghabiskan praktikal di sekolah. pelbagai warna, corak,rentak dan budaya yang ada bleh di lihat di sana. mempelajari dan mengusai pengalaman bergelar seorang guru satu pengalaman manis buatku. betapa murni dan mulia hati seorang guru. walaupun rotan selalu di tangan, mulut yang petah berleter untuk membina jati diri dan membentuk saksiah anak bangsa sendiri.

sambutan hari guru, mesyuarat harian guru, jadual kelas, soalan peperiksaan, selaras dokumen dan sebagainya telah saya alami dalam tempoh ROS pada kali ini. syukran ya Allah atas pengalaman yang berharga ini.

banyak soalan yang di tanya para pelajar sehingga tak terjawab. dunia semakin berubah, dan kita sebagai para pendidik perlu menyesuaikan cara pengajaran seiring dengan perubahan masa. para pelajar perlu kan sentuhan ilmu, penghayatan dan perkongsian yang terbaik dari guru-guru mereka.

moga pengalaman berharga ini dapat memberi semngat untuk menjadi murabbi yang terbaik buat ummat. ameeen.

~jiwa sufi, minda haraki~

No comments: