Tuesday, May 31, 2011


salam ukhuwah....

lama sudah blog ini tidak berupdate.. sy baru sahaja menghabiskan ROS yang telah tamat pada 26 Mei yg lepas. selepas itu mengisi kem motivasi PMR dan SPM di Maahad Mahmud. prgram berjalan selama 3 hari dengan pelbagai modul dan aktiviti menarik buat menaikkan motivasi adik2 maahad yg tercinta.

pengalaman berpraktikal sebagai guru selama sebulan, menjadi fasilitator program, menjadi guru ganti pengajian Fardhu 'ain makcik2 kt surau membuatkan diri ini terasa sungguh kerdil dan banyak perkara lagi yang perlu sy belajar.

bagaimana untuk memberi jika diri kita juga tidak berisi, bagaimana untuk kuatkan orang lain, jika kita juga tidak kuat. pengalaman memberi mengajar dan mendidik kita untuk berusaha membaiki dan mendekatkan diri kepadaNya. hati perlu sentiasa bersih dan mengingati Allah dalam setiap ketika.

muhasabah diri selalu, agar diri sentiasa dalam peliharaan Allah dan sentiasa mendapat petunjuk dan keberkatan dariNya. semangat semakin luntur jika kita jauh dariNya.

menjaga hati sangat sukar, sebab itu hati disebut sebagai raja, jika baik, maka baiklah seluruh anggotanya, jika buruk ,maka buruklah segala anggotanya.

jagalah hati jangan kau kotori, jagalah hati cahaya ILLAHI. yaAllah jagalah hati kami dari msksiat dan dosa...ameen Ya Rabb

No comments: