Friday, January 23, 2009

prk uiam


tanggal 22 januari 2009 menyaksikan pro mahasiswa uiam mengungguli dengan meraih 10 daripada 12 kerusi yang dipertaruhkan. kemenangan ini diumumkan lebih kurang pukul 6.15 selepas kaunter undian ditutup pada pukul 5 petang. uiam antara universiti terakhir yang mengadakan prk atas berbagai tuntutan yang memerlukan kepada 3 kali tundaan prk.


walaupun terpaksa menunggu dengan agak lama sejak dari semester lepas lagi, tentera pro mahasiswa tetap membuktikan semangat perjuangan mereka tidak pernah lutur dengan meraih kemenangan besar semalam. segala pengorbanan telah dicurahkan dari segi masa, tenaga, wang ringgit, buah fikiran dan sebagainya semata-mata untuk pastikan syiar Islam terus berkibar di bumi uiam.


kemenangan ini juga harus diambil iktibar agar kita dapat mengisi kemenangan ini dengan sebaiknya dan menunaikan sepenuhnya kepercayaan mahasiswa uiam terhadap kita. kesyukuran tidak terhingga harus kita panjatkan kepada yang maha Berkuasa kerana kemenangan ini, kita hanya merancang Dia yang berhak tentukan segalanya.


semoga kita semua dapat bersatu hati untuk teruskan perjuangan ini hingga ke akhirnya.


SELAMAT BERJUANG.....TAKBIR


B.ED(ISED)


No comments: