Monday, January 5, 2009


Salam ukhuwah…palestine,!!pelestine!!!palestine,!!!, jeritan dan laungan ini bukan milik rakyat Palestine sahaja tetapi sesiapa sahaja yang mengaku Islam adalah pegangannya, maka marilah kita sama-sama menyahut seruan ini bersama-sama, menangis bersama dan serta munajat bersama-sama agar Israel dan Zionist laknatullah mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan selama 60 tahun di bumi bertuah Palestine, bumi tempat lahirnya anbiya', kiblat pertama orang Islam serta bumi yang diberkati Allah seperti yang tersebut dalam surah al-Isra'.

Sedarkah kita ramai saudara dan adik beradik kita yang terkorban di sana, lebih 400 orang daripada mereka yang terkorban semoga syahid serta 1800 yang tercedera dan menderita. Anak-anak kehilangan ibu dan ayah, adik kehilangan abangnya, isteri kehilangan suaminya , semua itu cukup memberi bukti kepada kita bahawa kekejaman ini perlu segera kita hapuskan dan tindakan sewajarnya kita gerakkan. Ini bukan masanya kita masih hendak berbincang dan teragak-agak untuk membuat keputusan, sudah berapa lama kita berkata perkara yang sama ketika diajukan soalan yang sama.
Pemimpin atasan sepatutnya mengambil tindakan sewajarnya dan menyuarakan apa yang sepatutnya bukan sekadar menunggu keputusan OIC yang entah bila akan dapat keputusannya.

Serangan kini bukan seperti selalu, ketua tentera Israel mengerahkan 100% pasukan tenteranya dalam serangan kali ini, bukan 70%, atau 30% tetapi 100%, justeru keadaan akan menjadi lebih teruk dari jangkaan dan ramalan kita..

Ya ayyuhal muslimin, Ya ayyuhal mukminin, marilah kita sahut seruan ini, dengan melakukan apa sahaja yang kita mampu lakukan. Solat hajat, Qunut Nazilah, dan doa yang tidak putus adalah rencana- rencana yang mampu kita lakukan jika mengaku mereka adalah saudara kita. Rasullullah ada bersabda, barang siapa yang tidakmengambil tahu akan hal umat Islam yang lain, mereka bukanlah dari kalangan umatku.

Sampaikanlah isu ini kepada saudara-mara, sahabat handai, dan sesiapa sahaja agar setiap daripada kita dalam menyumbang sesuatu dalam perjuangan membebaskan Palestine ini,,.''Ingatlah kita akan disoal tentang apa yang kita lakukan di akhirat nanti'' . ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR

FREE PALESTINE
SAVE AL-AQSA

No comments: