Friday, January 16, 2009

SALAH SIAPA

salam ukhuwah...

Hari ini saya ingin menarik perhatian semua kepada masalah ini yang telah berlaku tetapi kita tidak pernah fikirkan jalan penyelesaian untuk menyelesaikan bahkan hanya mampu menurut dan berdiam diri tanpa berfikir secara serius untuk menyelesaikannya..

Hari ini penyarah bagi subjek ethic in education telah membuka mata dan minda saya dan saya ingin berkongsi dengan pembaca di luar sana, hal ini bukan untuk difikirkan untuk yang menceburi profession perguruan sahaja tetapi sesiapa sahaja yang menggunakan sistem pendidikan di Malaysia.

Isu masalah sosial yang menimpa masyarakat melayu khususnya dan Malaysia amnya mempunyai kaitan dengan sistem pendidikan atau sebaliknya , sama-samalah kita renungkan dan fikirkan..

Falsafah pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak yang mulia dalam masyarakat, tetapi adakah misi yang digariskan mencapai apa yang diinginkan, ingin melahirkan insan kamil tetapi yang diperoleh adalah insan hamil.

Sebagai mahasiswa yang bakal menerajui pimpinan negara harus berfikir segera untuk melaksanakan perubahan bagi mengatasi masalah ini. Adakah falsafah pendidikan yang perlu digubal, guru-guru yang perlu disalahkan atau ibu-bapa yang bertanggungjawab, tanyalah dan renunglah apa yang berlaku kini.

Kepada warga pendidik di masa akan datang, ditegaskan untuk mengajar serta menberi penghayatan kepada para pelajar bukan sekadar untuk melaksanakan tugas serta mengambil gaji tanpa fikirkan masa depan corak kehidupan pelajar-pelajar kita selepas keluar dari sekolah yang terpaksa berhadapan dengan seribu bahkan sejuta cabaran dan serangan fikiran daripada barat terhadap umat Islam.


Penerangan tentang konsep syukur dan mengamalkan adab-adab yang mulia terutamanya malu amat penting kerana setiap ia merupakan aspek yang penting supaya kita sedar siapa diri kita dan kembali kepada yang lebih berkuasa iaitu Allah Azza Wa Jalla.

Tugas sebagai guru bukannya mudah seperti yang kita sangkakan, kebanyakan graduan yang tidak mendapat peluang lain memilih bidang ini sebagai kerjaya dengan syarat untuk mendapat gaji yang tinggi, walhal bidang ini memerlukan masa dan ilmu yang pelbagai untuk mencapai apa yang disasarkan untuk melahirkan insan yang mulia di akhirnya..

-ar-ruhul jadeed( b.ed ised)

No comments: