Friday, August 27, 2010


salam ramadhan

indahnya nikmat dan peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk menikmati dan menghirup ganjaran yang Allah sediakan untuk semua hambaNya di bukan yang mulia ini. menghampiri 10 terakhir ramadhan ini, marilah sama-sama kita muhasabah kembali, bagaimanakah nilai dan penghayatan kita terhadap ramadhan yang telah kita lalui sebanyak 18 hari yang lepas. adakah seperti biasa atau luar biasa, adakah lebih baik atau masih di tahap yang sama. mahukan kita untuk mengakhiri ramadhan kali ini tanpa mendapat keampunan dari Allah SWT.

kuliyah yang diadakan di masjid uia 10 minit selepas solat zohor di masjid amat menyentuh hatiku. penyampaian yang ikhlas barangkali daripada ustz tersebut membuatkan ia sampai terus ke dalam hati ini. penyampaian 3 hari berturut-turut tentang tajuk "qabul" atau penerimaan ibadat kita oleh Allah SWT mengandungi pelbagai nasihat yang berguna kepada semua.

kepentingan penyucian hati dengan taubat nasuha sempena ramadhan ini moga memberi titik utama agar hati kita dapat di perbaiki yang telah terkoyak-rabak sepanjang 11 bulan yang lepas. bulan yang mulia ini, kita seharusnya mengambil kesempatan untuk menjahit kembali yang telah terluka itu dengan siraman taubat nasuha. nasuha itu sendiri datang daripada asal perkatan "nasaha" yang bermaksud jarum jahit. oelh itu taubat nasuha yang kita baca dalam al-Quran itu membawa maksud, lakukan taubat dengan bersungguh-sungguh dengan jarum yang akan memjahit kembali hati kita yang terkoyak. moga ia dapat bercantum dengan baik sekali. jauhkan daripada perkara -perkara buruk yang pernah di lakukan sebelum ini agar menjadi terapi yang baik bagi merawat hati kita yang baru di jahit itu, jika tidak, hati tersebut akan terbuka kembali jahitan tersebut.

ustaz juga ada menyebut beberapa cara untuk kita memerikasa kembali keadaan hati kita sama ada dalam keadaan baik atau tidak. antaranya ialah, apabila mendengar ayat-ayat al-Quran apakan reaksi hati kita, adakah berpaling atau dengan tenang mendengar bacaan tersebut. yang kedua ialah apabila menziarahi jenazah, adakah kita mengambil pengajaran atau sekadar sembang kosong di tempat penkebumian jenazah. dan bagaimanakah hati kita tatkala saudara seislam kita di timpa musibah. jika semua di atas tadi memberi kesan yang negatif, maka pohon lah hati yang baru daripada Allah kerana kita tidak mempunyai hati lagi.

sementara kesempatan yang masih ada ini, marilah kita mengambil peluang sebaiknya untuk membaiki diri, membina perisai dan persipan peperangan untuk berperang dengan 11 bulan yang akan datang untuk menghadapi musuh daripada pelbagai bentuk dan cara.

~RAMADHAN KAREEM~

1 comment:

pencintaIlahi said...

salam sahabat....syukran atas 'peringatan'ini