Saturday, January 15, 2011

perjuangan yang tidak akan ada nokhtahnya. sehingga kita di jemput menemuiNya semula untuk perehatan sementara menunggu hari perhitungan untuk ke negeri abadi akhirat. jangan lah cuba mencari alasan untuk tidak berjuang tetapi jadikan cuba hadapi permasalahan tersebut untuk terus berjuang.

firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 38-39 yang bermaksud:" Wahai orang-orang beriman, mengapa apabila di katakan kepada kamu, ''berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah," kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?Adakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kenikmatan akhirat? padahal kenikmatan dunia(dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.(38). jika kamu tidak berangkat untuk berperang , niscaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan mengantikanmu dengan kaum yang lain, dan kmu tidak akan merugikanNya sedikit pun. dan Allah Berkuasa ke atas segala sesuatu pun.(39).


realiti dalam perjuangan tidak di janjikan dengan keindahan dan kesenangan, tetapi kepahitan, kesakitan, kepenatan dan sebagainya akan berlegar di sekeliling para pejuang. firman Allah yang bermaksud:" berangkat kamu untuk berjuang dalam keadaan senang ataupun susah". mampukan kita sebagai hamba yang kerdil ini untuk berhadapan dengan segalanya ini.? mampukan kita untuk mencontohi sunnah Rasulullah yang tidak pernah putus asa dalam gerak perjuangan baginda, tetapi menjadi contoh terbaik bukan sahaja untuk umat Islam tetapi seluruh umat lain? Allah akan sentiasa membantu hamba-hambaNya yang berjuang di jalanNya dengan keikhlasan dan mengharapkan keredhaaNya.


muhasabah bersama.......

No comments: