Monday, January 17, 2011

sukarnya praktik Islam di zaman ini....

Nilai Islam sukar di praktikan di zaman ini.

Sukar untuk di buat perbandingan tentang kelebihan atau keburukan kemewahan atau perubahan cara hidup yang berlaku dewasa ini. sama ada ia membawa banyak keburukan atau kebaikan. Cara hidup yang terlalu ananiyah, keperluan melebihi kemampuan serta keadaan sekeliling yang banyak membentuk jati diri serta pemikiran setipa individu sehingga sukar membezakan yang hak dan batil.

Peranan wanita atau ibu sewaktu zaman dahulu lebih kepada situasi tertutup, dengan tidak boleh melibatkan diri di kawasan yang ramai lelaki, terjaga dirinya sejak perawan lagi dengan di latih dengan budi pekerti mulia, penjagaan aurat, penekanan ilmu-ilmu agama yang tinggi dan sebagainya selayak sebagai anak. Meningkat dewasa, di beri penjagaan yang lebih lagi oleh para ibu-bapa sehingga tercipa ungkapan “membesarkan lembu sekandang lebih mudah daripada membesarkan anak perempuan”. Betapa penjagaan rapi terhadap wanita amat di tekankan.

Tetapi, masa berubah dengan cepat. Nilai tersebut sudah mulai luntur dalam diri setipa masyarakat dan juga ibu- bapa masa kini di sebabkan keadaan yang menekan di sekitar inci kehidupan mereka. Anak-anak perempuan di biarkan keluar bersama kawan-kawan sehingga lewat malam dengan alasan belajar berkumpulan dan tanpa pengetahuan ibu-bapa mereka, mereka sebenarnya terlibat dengan pergaulan bebas, melepak dan sebagainya. Penekanan ilmu kepada anak-anak sekadar menghantar ke sekolah dan serahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada para guru.

Para ibu terpaksa bekerja di pejabat, atau pelbagai lagi institusi yang juga menuntut komitmen sebagai pekerja dengan lambakan kerja yang perlu di siapkan tambahan pula jika memegang jawatan yang besar di tempat kerja masing-masing. Pulang ke rumah, tanggungjawab sebagai ibu, isteri perlu juga dilaksanakan. Keadaan keletihan terpaksa di tahan dengan melaksanakan kerja-kerja rumah dan persiapan untuk esok hari. Melayan para suami sudah tidak mampu lagi apabla kepenatan melata di seluruh batang tubuh mereka.

Keindahan hidup harmoni dan amalam keluarga sakinah dengan solat berjemaah, tazkirah bersama keluarga, makan bersama anak-anak, memerhatikan kerja rumah anak-anak dan sebagainya sudah tidak mampu di jalankan lagi. Keadaan hidup yang menuntut pengorbanan setinggi itu oleh seorang wanita yang berkerjaya. Kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat menuntut pengorbanan isteri untuk turut sama turun padang bagi memastikan keperluan setiap inci ahli kelurga dapat di penuhi.

Para wanita mengalai dilema yang sangat kritikan megenai persoalan ini sama ada berhenti kerja atau terpaksa menanggung kepenatan berganda dengan tanggungjawab yang menuntut perlaksaan tersendiri. Kementerian pembangunan wanita dan keluarga telah mengambil beberapa langkah untuk membela nasib wanita dengan situasi yang mereka hadapi ini dengan memgemukan beberapa polisi untuk menjamin masa depan wanita. Antaranya adalah pemberiaan wang saraan kepada wanita yang telah kematian suaminya walaupun telah berkahwin lagi, tiada double-standard terhadap perlantikan atau kenaikan pangkat walaupun para wanita mengambil cuti tanpa gaji dan tidak bekerja penuh dan sebagainya.

Yang paling penting, adakah dengan keadaan sebegini akan berterusan dengan nilai agama dalam insititusi kekeluargaab semakin luntur, hubungan suami isteri semakin renggang serta menuntut perceraian yang memberi impak besar kepada anak-anak. Masalah ini tidak akan selesai jika tidak kembali kepada ajaran yang benar serta mengamalkannya dalam kehidupan. Islam adalah cara hidup yang sesuai Allah turunkan buat umat manusia, tetapi tidak di amalkan. Akibatnya , lihat keadaan sekeliling kita, pelbagai perkara di luar batasa pemkikiran kita telah berlaku. Moga kita semua dapat sedikit iktibar daripada nukilan ini. hidup kita hanya mulia dengan Islam.

No comments: