Monday, December 19, 2011

HEBATNYA TAWAKAL

salam ukhuwah..

kala hati dan diri dilanda lemah semangat dan rasa sangat down, maka kembalilah kepadaNya. Dia pemilik segalanya. rintih dan rayulah kekuatan padaNya. dan yakinlah apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya.

saat kita tidak yakin dengan sesuatu, maka bersangka baiklah dengan Allah yang Maha Berkuasa untuk mentakdirkan sesuatu ke atas kita. Allah tidak melihat kepada natijah apa yang kita lakukan, tetapi sejauh mana usaha yang telah kita laksanakan.

dakwah Islam tidak pernah akan malap dan lemah tanpa bantuan kita, tetapi siapalah kita tanpa menyumbang untuk Islam. agama yang paling suci di sisi Allah. kita mulia adalah kerana Islam.

siapalah kita untuk berpaling dari pemilik Agama yang suci ini. hamba yang sangat hina, diciptakan daripada setitis air mani, yang apabila jatuh ke tanah ayam tak makan, itik pun tak sudu. tetapi Allah telah mengangkat kita ke satu mercu yang lebih hebat daripada malaikat dengan menjadikan kita khalifah di muka bumi ini.

perhatikan pada apa yang terdekat pada anggota badan kita. denyut nadi, helaan nafas, aliran darah, mata yang berfungsi dengan baik, kaki yang mampu berjalan dan banyak lagi. mahukah kedekut atau takabur dengan apa yang telah di kurniakan kepada kita????. sungguh kita hamba yang sangat lemah.

mari kita renungi semula, bagaimana pengorbanan Rasulullah SAW dalam membawa dakwah Islam ini untuk sampai kepada kita. dengan cercaan, ugutan, hinaan, pulauan dan sebagainya. tetapi kita dengan sedikit dugaan, sudah merasa lemah dan terjatuh. bagaimana hendak meyambung rantai perjuangan Rasulullah jika semangat tidak ada walaupun sedikit. ingatlah, kita umat yang terpilih, jadi laksanakan amanat ini dengan sebaiknya. kerana semua itu akan ditanya diakhirat nanti.

"jangan merasa lemah dan sedih, sesungguhnya kamu adalah golongan tertinggi, jika kamu beriman". "sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar".-antara motivasi dari Kalam Allah, al-Quranul Karim.

No comments: