Friday, December 23, 2011

LPF: KAJI SEMULA KEPUTUSAN

Memetik laporan berita sebuah akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 22 Disember 2011, Lembaga Penapisan Filem(LPF) tidak akan lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan,sebaliknya peranan tersebut diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem. Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Makmood Adam berkata bahawa langkah ini diambil selepas mengambil kira pandangan semua pihak dalam industry perfileman Negara. Beliau berkata lagi, mana-mana filem yang telah menjalani proses penapisan LPF sebelum ini boleh memohon semula untuk mendapatkan kelulusan bagi ditayangkan tanpa tapisan. Ini merupakan kenyataan yang di keluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri berkenaan penapisan filem sebelum ditayangkan.

Dewasa ini, lambakan filem-filem yang pelbagai genre terutama filem seram semakin menjadi genre pilihan pengarah filem di Negara kita ini. Ini adalah kerana sambutan yang begitu tinggi dalam kalangan masyarakat kita terhadap filem tersebut sehingga mencapai tahap box-office. Saya merasakan bahawa, filem merupakan satu belum informasi berbentuk media yang sangat memberi kesan kepada masyarakat. Penerapan atau nilai yang dimuatkan dalam sesebuah filem seharusnya membentuk masyarakat kea rah yang lebih baik.
Penonjolan amalan karut,tahyul serta unsur-unsur yang tidak membawa kepada pendidikan kepada masyarakat perlu dielakkan. Adegan-adegan ranjang, unsur-unsur seks yang berlebihan sepatutnya dielakkan memandangkan masyarakat kita sekarang sudah mengalami krisis moral dan identiti yang sangat tinggi. Adab ketimuran, akhlak-akhlak Islam semakin terhakis dalam masyarakat kita hari demi hari. Pengaruh filem juga adalah antara faktor yang menyumbang kepada permasalahan yang berlaku dalam masyarakat dewasa ini. Media yang merupakan sumber maklumat utama dalam kalangan remaja ini seharusnya menekankan pembinaan sahsiah, penerapan unsur-unsur agama, nilai kemanusia serta akhlak-akhlak mulia perlu menjadi keutamaan. Budaya hedonism yang melingkar dalam kalangan remaja menyebabkan mereka terus hanyut.
Peranan LPF dalam menapis filem-filem yang lebih baik untuk ditayangkan belum difikirkan semula untuk menjamin filem-filem yang terbaik dan bermanfaat sahaja boleh ditayangkan. Pengarah dan penerbit yang telah diberi kebebasan untuk menapis filem mereka ini mungkin akan kurang berkesan kerana faktor mendapatkan keuntungan dalam sesebuah filem itu yang lebih diutamakan. Perlu ada kementerian khusus yang mengawal selia penayangan filem-filem di Negara kita ini untuk mengelakkan penyebaran budaya-budaya serta unsur-unsur yang boleh memberikan impak negatif kepada masyarakat kita.
Justeru, kementerian yang terlibat perlu memikirkan semula keputusan yang telah dibuat seperti yang tertulis dalam akhbar terbabit untuk kebaikan masyarakat kita. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memikirkan kebaikan rakyatnya. Pemimpin perlu bertanggungjawab terhadap rakyatnya sepertimana yang disebutkan dalam hadis Rasulullah. Moga akan ada tindakan daripada pihak berwajib berkenaan isu ini.

Norhabishah Brahan.

No comments: