Saturday, June 20, 2009

Apakah nilai diri kita??
Segala puji bagi Allah , Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabatnya.
Sebagai seorang manusia kita harus bijak menilai kemampuan diri dan menilai potensi diri yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Setiap insan di ciptakan mempunyai kelebihan dan kekurangan diri masing-masing , kita yang harus menjaga dan menggunakannya dengan bijaksana agar semuanya terdorong ke arah kebaikan.
Setiap yang ada pada diri kita adalah amanah yang perlu di jaga sebaiknya. Anggota badan, pemikiran,nilai diri dan sebagainya, semuanya akan di nilai di akhirat nanti. Tetapi kadangkala kita terlupa yang sebenarnya kita ini hanya pinjaman dari Allah yang memberikan kita peluang untuk melihat dunia ini dan menjalankan amanah dengan sebaiknya sebagai khalifah Allah.
Amanah adalah sesuatu yang berat untuk di laksanakan. Dalam sirah ada menyatakan ketika imam Al-Ghazali bertanya kepada anak muridnya, apakah perkara berat di dunia? Mereka menjawab dengan pelbagai jawapan seperti gajah, batu, dan sebagainya. Tetapi jawapan yang paling tepat adalah amanah, ia adalah satu perkara yang memerlukan keikhlasan dan kejujuran yang tinggi untuk laksanakannya.
Sebagai manusia kita tidak boleh untuk meminta sesuatu amanah untuk dilaksanakan, kerana mungkin ada orang yang tidak setuju, dan tiadanya persetujuan akan menyebabkan orang yang memegang amanah itu akan mendapat kecelakaan. Pada zaman Rasullulah, ada seorang sahabat yang bernama Abu Zar Al- Ghiffari telah meminta jawatan kepada Rasulullah dan menyatakan beliau layak memegang jawatan tersebut, tetapi Rasulullah melarangnya. Setiap keputusan yang di buat mestilah mendapat persetujuan semua pihak.
Seperti yang kita sedia maklum. Ramai pemimpin di zaman ini yang telah melakukan penyelewengan dalam menjalankan amanah sebagai pemimpin ini.tanggungjawab sebagai pemimpin sangat berat. Ini kerana semua perkara yang berlaku kepada masyarakat jika baik, akan mendapat ganjaran daripada Allah, tetapi jika masyarakat atau rakyat melakukan kemungkaran, pemimpin yang akan menanggung azabnya jika tidak mencegahnya.
Apakah nilai diri kita sebagai pemimpin jika tidak menjalankan amanah dengan sebaiknya. Politik wang, rasuah, penipuan, pelanggaran undang-undang dan sebagainya menyebabkan pemimpin telah mengkhianati amanah yang telah di pegang. Perkara ini akan memberikan kesan kepada masyarakat dan rakyat umumnya. Contohnya , pembinaan jambatan memerlukan belanja sebanyak 1 juta dan itu yang di peruntukkan kepada pemimpin yang berkaitan, tetapi kerana tiada sifat amanah dalam diri pemimpin itu telah menyebabkan beliau menggunakan separuh daripada wang itu dan hanya memberikan RM 500.00 ribu untuk peruntukkan terbabit. Ini menyebabkan projek tersebut tidak dapat di jalankan kerana tidak cukup bajet dan seterusnya rakyat terpaksa menggunakan jalan sungai kerana tiada jambatan. Ini antara contoh penyelewengan yang berlaku di kalangan pemimpin kita dewasa ini.
Marilah sama-sama kita muhasabah kembali tentang amanah yang kita pegang. Adakah kita menjalankan dengan sebaiknya atau telah menyalahgunakannya. Amanah akan di tanya di akhirat nanti. Dimanakah nilai diri kita jika amanah yang diberi tidak di jalankan sebaiknya? Sama-sama kita renungkan….
‘’Islam ajar kita, apabila manusia selalu diawasi oleh Raqib dan Atid, walaupun ada ibu-bapa,guru,ustaz, polis, ada lagi Allah Yang Maha Mengawasi. Mari kita sama-sama besar-besarkan kesedaran ini. Inilah cara untuk menangani masalah sosial yang sangat kritikal sekarang ini. Sememangnya ialah, sekalipun polis tiada,Allah tetap ada, Tuhan sentiasa ada dan sentiasa melihat perbuatan kita’’- Tuan Guru Dato’ Nik Abul Aziz Nik Mat-

No comments: