Saturday, June 20, 2009

POLITIK DAN REMAJA

Bismillahirahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabatnya.

Politik adalah dunia yang mencabar minda, integriti,ketrampilan, amanah, profesionalism dan sebagai dalam usaha untuk mengekalkan demokrasi yang bersih dalam sistem politik negara kita Malaysia. Dewasa ini, penglibatan remaja dan belia dalam bidang ini semakin berkurangan dan mereka lebih cenderung dengan budaya hedonisme yang banyak disediakan oleh pemimpin yang tidak amanah dalam menjalankan amanah pemimpinnya.

Para remaja seharusnya bersama-sama dalam politik untuk memastikan apa yang di perjuangkan untuk kebaikan rakyat berlaku dengan adil dan saksama serta menepati janji. Jika berlaku penyelewengan dan penipuan, remaja seharusnya sedar akan tangungjawab mereka untuk kembalikan hak rakyat tersebut.

Sejarah telah membuktikan para remaja dan mahasiswa adalah merupakan suara terbesar dalam memperjuangkan hak rakyat. Contohnya peristiwa Baling 1974, di mana telah membuktikan golongan mahasiswa dan remaja ini mampu untuk menyumbang kepada masyarakat umumnya. Selepas bantahan yang di jalankan, kerajaan telah mula mengambil tindakan pantas terhadap nasib petani dan rakyat terutama di kawasan luar bandar. Segala isu yang berlaku dalam negara mahupun luar negara sentiasa di pantau oleh golongan mahasiswa dan remaja ini. Jika ada sebarang perlakuan atau majlis yang melanggar undang-undang hak asasi manusia, Islam, nilai masyarakat, maka tindakan segera dan bantahan akan di segerakan oleh golongan ini. Contohnya, isu keganasan di Afghanistan, tindakam kejam Israel di Shabra dan Shatila, bantahan konsert sudirman 1985, bantah serangan terhadap Libya 1986. Bantahan konsert Headwind di Universiti Malaya 1987 dan banyak lagi. Semua di jalankan atas dasar kesedaran yang tinggi terhadap Islam dan nilai kemasyarakat .

Seharusnya ini semua menjadi pembakar semangat kepada para mahasiswa dan remaja di luar sana agar Islam dan bangsa kita tidak di gadaikan begitu mudah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kebangkitan golongan nmahasiswa dan remaja ini amat di perlukan agar masalah yang berlaku dapat segera di atasi jika semua masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap agama kita.

Masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja dapat dibendung jika kesedaran ini sampai kepada mereka. Golongan barat cuba memberikan hiburan dan sebabainya agar kita leka dan mudah bagi mereka untuk hancurkan Islam. Sanggupkah kita menjadi golongan yang membantu ke arah kehancuran Islam bersama kita renung dan fikirkan.

‘’jangan biarkan waktu berlalu tanpa berjuang untuk kemenangan Islam’’

No comments: