Saturday, February 27, 2010

Salam ukhuwah…

Pengaruh adalah perkara normal dalam kehidupan manusia. Semua orang ingin mempunyai pengaruh untuk diri sendiri sama ada percakapan, tulisan atau dalam bidang pekerjaan seperti usahawan yang inginkan kuasa pengaruh untuk menarik perhatian pelanggan masing2.

Pada hari ini 27 Februari 2010, bermula 9 pagi hingga 5 petang, sy ada terlibat sebagai urusetia ‘’kursus Muslim Profesional berpengaruh @ facebook di uiam. Ramai golongan professional terlibat sebagai peserta , di kalangan usahawan, pemilik consultant, bakal usahawan, golongan pekerja dan juga para pelajar. Program ini di kendalikan oleh Tuan Syahrul Nizam Junaini penulis buku ‘’ilmu pengaruh bukan jampi tapi seni”.

Banyak sy dapat belajar sepanjang kursus hari ni. Cara bergaul dengan orang luar yg pelbagai l atar belakang. Bertemu dengan orang professional dengan berkongsi pengalaman. Yang paling penting, berjumpa dengan pemilik suara latar rancangan Ar-risalah di TV9. Encik Nasran, seorang yang sangat merendah diri dan tinggi jiwanya. Nasihat2nya kepada kami sebelum pulang amat menyentuh hati. Ia merupakan pembakar semangat untuk program seperti ini di teruskan lagi. Penambahbaikan perlu di laksanakan , memandangkan ini kali pertama program sebegini di l aksanakan.

Kursus ini memberi penumpuan bagaimana kita boleh menggunakan FB untuk mempromosikan bisnes kita dengan pelbagai bentuk pengaruh kepada orang yang membaca FB kita. Cara tulisan di wall, maklumat pada profile juga perlu ada caranya, selain gambar yg sesuai serta ada daya pengaruh perlu di utamakan.

Di harap sy di beri oleh Allah untuk sertai program sebegini lagi. Terima kasih kepada semua peserta yang sudi hadir dan sahabat yg membantu.